Apabila kita tengok muka dubuk, tambah pula dengan bunyi dia yang macam menyalak tu, ramai antara kita yang sangka binatang tu adalah satu keluarga dengan anjing. Tapi sebenarnya, dubuk ni tergolong dalam salah satu keluarga di bawah keluarga haiwan karnivor yang bernama Feliformia. Keluarga Feliformia ni pula adalah keluarga yang menempatkan semua haiwan-haiwan yang ‘macam kucing’!
Ada dua keluarga besar dalam kategori haiwan karnivor. Pertama, keluarga Caniformia dan kedua, keluarga Feliformia. Keluarga Caniformia ni dia punya mulut dia macam muncung ke depan sikit macam anjing, beruang, anjing laut dan rakun. Manakala untuk keluarga Feliformia, muncung mulut dia pendek sikit macam dubuk, musang, harimau, singa dan kucing.
Dubuk ni pula ada 3 spesis utama iaitu dubuk bintik, dubuk perang, dan dubuk belang.
Dubuk bintik yang merupakan spesis yang paling banyak. Yang jenis ini, dia ada corak bintik-bintik hitam di badan dan berbulu pendek. Dubuk perang pula dia ada bulu yang panjang, yang memang nampak betul-betul macam anjing. Manakala dubuk belang, badan dia biasanya warna putih atau kelabu, dan berbelang hitam.
Ada satu ujian dibuat oleh seorang pakar psikologi dan tabiat haiwan tentang kecerdikan dubuk. Dia buat ujian ‘puzzle box’ yang di dalamnya ada makanan, kepada haiwan karnivor pemangsa, seperti beruang dan singa. Dia punya teori ialah, haiwan karnivor yang mempunyai kecerdasan bersosial yang tinggi mampu selesaikan ‘puzzle’ tu dengan pantas.
Hasilnya? Dubuk berjaya tewaskan semua binatang karnivor yang lain! Ini membuktikan dubuk lebih cerdas dan cerdik berbanding haiwan lain. Jangan main-main.