Bumi pecah rekod.
Menurut satu laporan daripada Copernicus Climate Change Service (C3S), sejak dari bulan Jun 2023 sehingga Julai 2024, iaitu selama 13 bulan, suhu purata keseluruhan Bumi bertambah sebanyak 1.5 darjah celsius setiap bulan berbanding tanda aras suhu purata zaman pra perindustrian
suhu zaman pra perindustrian adalah suhu Bumi sebelum manusia mula mengenal dan menggunakan bahan-bahan bakar berasaskan minyak fosil dan pelbagai lagi aktiviti yang mengeluar serta memerangkap haba. data suhu yang digunakan adalah data terkumpul dari tahun 1850 hingga 1900.
Suhu pada tempoh itu dijadikan sebagai penanda dalam Perjanjian Iklim Paris tahun 2015 yang dipersetujui sebanyak 169 negara, termasuk negara kita Malaysia. Dalam perjanjian itu, semua negara terlibat perlu komited untuk mengehadkan purata kenaikan suhu dunia kekal di bawah 2 celcius dan optimumnya pada 1.5 celsius berbanding suhu Bumi zaman pra perindustrian.
Saintis berpendapat, kerosakan iklim Bumi tidak akan dapat dipulihkan kembali sekiranya kenaikan suhu mencapai 2 celsius. Tetapi menurut United Nations, kenaikan 1.5 Celsius ini juga tak boleh dipandang ringan sebab dengan kenaikan itu, iklim dunia semakin menghampiri pelbagai titik-titik kritikal yang akan mengundang gelombang haba, banjir, kebuluran dan kemusnahan ekosistem yang lebih buruk
Rekod kenaikan 12 berturut-turut ini juga disumbangkan pelepasan gas rumah hijau dan ditambah oleh fenomena El Nino, iaitu fenomena peningkatan suhu yang luar biasa yang berlaku di perairan Lautan Pasifik yang bermula dari bulan Jun 2023 hingga Mei 2024
Menurut seorang saintis cuaca di Berkeley Earth, tahun 2024 hampir pasti akan memintas tahun 2023 sebagai tahun terpanas sejak rekod suhu dunia bermula pada pertengah 1800-an
Sumber : downtoearth.com