Bagi peminat filem-filem The Lord of The Rings, pasti dah biasa dengan watak Treebeard dari bangsa Ent yang mendiami hutan Fangorn. Rupa-rupanya bangsa Ent itu memang ‘wujud’ di New Zealand, negara yang menjadi lokasi utama filem LOTR.
Setiap tahun, negara New Zealand mengadakan pertandingan Tree of The Year atau nama lainnya, ‘Rākau o te tau’ bagi menghargai pokok-pokok yang berperanan penting dalam kehidupan, sejarah dan masa depan manusia.
Pertandingan ini dah diadakan sejak 2011 dan pada tahun 2024, daripada 6 finalis, pokok yang menjadi juara Tree of The Year adalah pokok yang dinamakan sebagai The Walking Tree yang macam serupa dengan watak-watak Ent dalam filem The Lord of The Rings.
The Walking Tree atau nama saintifiknya Metrosideros robusta ini adalah daripada spesis pokok Rātā adalah antara pokok asli New Zealand yang tingginya lebih kurang 32 meter dan boleh hidup sehingga 1000 tahun!
Lebih menakjubkan lagi, pokok Rātā adalah sejenis pokok bunga yang asalnya bersifat epifit, iaitu yang menumpang pokok lain untuk dapat sokongan tapi tak merosakkan pokok yang ditumpang. Untuk tempoh beberapa tahun, apabila akarnya sampai ke tanah, akar itu akan mula membalut pokok asal yang dia tumpang.
150 tahun dahulu, kawasan sekeliling The Walking Tree ini adalah satu kawasan hutan tebal tapi ia dilapangkan untuk tujuan pertanian. Namun, tindakan petani-petani dulu yang tidak menebang pokok ini, mungkin kerana keunikan fizikalnya, telah menghasilkan pemandangan yang cantik dan unik.
Tetapi, walaupun dahulu pokok ini merupakan pokok yang banyak didapati di New Zealand, kini ia turut diancam kepupusan. Menurut New Zealand Plant Conservation Network sebuah NGO alam sekitar, pokok ini telah dimasukkan dalam senarai spesis terancam