LAVA GUNUNG BERAPI YANG SAMA LAJU DENGAN KERETA

Bayangkan kita tengah mengah-mengah jogging lepas tu ada lava gunung berapi lalu sebelah, selamba pintas kita tanpa rasa bersalah. Kita nak kejar, nak pintas balik pun tak mampu.

 

Secara purata, kelajuan kita bila jogging adalah antara 6 hingga 10km sejam. Manakala, ada lava gunung berapi yang lajunya sampai 64 km sejam! Manakalah kelajuan kenderaan dalam bandar yang ditetapkan JPJ kita adalah 60 km sejam. Jadi mana lagi laju?

Foto : news.un.org

Lava yang laju itu adalah daripada gunung berapi Nyiragongo, di daerah Goma, yang terletak di Republik Congo, di benua Afrika. Gunung berapi yang setinggi 3474 meter itu, kurang 600 meter dari gunung Kinabalu, telah meletus sebanyak 3 kali iaitu pada tahun 1977, 2002 dan terbaru adalah pada tahun 2021.

 

Pada bencana tahun 1977, dianggarkan seramai 2000 rakyat Goma terkorban disebabkan lava letusan. Manakala pada tahun 2002, lava itu memusnahkan satu per lima daripada kawasan Goma, yang hanya sebesar mukim Alor Setar menyebabkan 120 000 orang kehilangan tempat tinggal dan mengambil nyawa seramai 250 yang disebabkan oleh keracunan karbon dioksida, terbakar dan letupan stesen-stesen minyak yang disebabkan oleh lava. Untuk kejadian tahun 2021, seramai 31 orang terkorban danĀ  232,433 orang dipindahkan.

Foto : Reuters

Lava gunung berapi terbahagi kepada 2 kategori iaitu lava asid dan lava bes, Lava asid ni likat dan itu menyebabkan lava jenis ini mengalir perlahan. Kelikatan lava pula dipengaruhi oleh kandungan silika dalam lava. Makin tinggi kandungan silika, maka makin pekat lah lava itu. Lava bes pula sifat dia berlawanan dengan lava asid. Dia mengalir laju disebabkan tak likat. Ini bermaksud kandungan silika di dalamnya tak banyak.

 

Lava daripada gunung berapi Nyiragongo ini termasuk dalam kategori lava bes. Tapi menurut pakar dalam bidang petrologi (bidang mengkaji batu-batuan dan mineral), Chiara Maria Petrone, jenis lava gunung berapi Nyiragongo sangat sukar ditemui di tempat lain.

null

Cuma perlu kita ingat, lava bes akan menyuburkan tanah-tanih yang diliputi oleh lava ini jenis ini. Ini bermaksud, kawasan Goma ini merupakan kawasan yang sangat subur untuk pertumbuhan pelbagai flora terutama untuk tujuan pertanian. Buah-buahan dan sayur-sayuran yang ditanam di kawasan gunung berapi lebih besar dan sedap.

 

Mungkin Goma ini tak sesuai untuk didiami manusia. Ia lebih sesuai menjadi tempat tinggal bagi tumbuh-tumbuhan.

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *