Badak air adalah sejenis haiwan mamalia yang banyak menghabiskan masa berendam dalam air. Dah nama pun badak air kan? Manakala ‘badak berendam’ pula tak sama dengan badak air yang berendam ye. Badak berendam tu nama kuih tradisional Melayu.
Badak berendam…eh… badak air betina akan melahirkan anak selepas 8 bulan bunting. Kurang sebulan 10 hari berbanding dengan manusia mengandung.
Berat bayi badak air tu pula boleh mencecah sehingga 45 kilogram. Berat sebiji bata merah yang buat rumah tu dalam 2 kilogram. Jadi kalau kita boleh angkat 22 biji bata merah sekaligus, maksudnya sama lah kita angkat bayi badak air.
Atau, kita boleh cuba berlatih angkat 9 kampit beras yang 5 kg tu. Tengok pergi dia macam mana.
Tapi kan, walaupun berat dia macam tu, bayi badak air ni boleh lari laju juga. Bayi badak air ni boleh berlari selaju 6km sejam. Dah macam laju kita bila buat ‘brisk walking’ petang-petang kat taman je. Bayi badak air yang berat macam tu pun boleh lari selaju itu, takkan lah kita nak jogging petang-petang pun malas, kan?
Bayi badak air ni juga aktif pada waktu malam. Tapi tak pelik pun. Memang badak air aktif pada waktu malam. Aktiviti utama mereka pada waktu malam bukanlah qiyamullail, tapi kerja mereka hanya mentekedarah, melantak sepuas-puasnya.
Kalau bayi ni nak menyusu badan daripada mak dia pula, dia akan menyelam dalam air, tutup lubang hidung dengan lubang telinga. Jadi macam mana dia nak bernafas? Memang dia tak bernafas masa hisap susu. Ajaib kan?
Begitulah kuasa dan rahmat Allah kepada makhluk ciptaanNya