Ada sesiapa tak kat sini yang suka cek smartwatch untuk tengok rekod aktiviti fizikal dia dalam sehari? Kadang-kadang kita nak tahu berapa langkah kita berjalan dalam sehari, atau nak tengok jumlah kalori yang dibakar dalam sehari.
Pada tahun 2020, ada sebuah kajian tentang tabiat berjalan kaki yang melibatkan 2000 orang dewasa. Kajian itu mendapati bahawa secara purata setiap daripada mereka berjalan sebanyak 6839 langkah setiap hari. Jadi dalam setahun, jumlah langkahnya ada lah sebanyak 2,496,235 langkah.
Daripada jumlah langkah itu, mereka mencongak seorang dewasa berjalan sejauh 1902 km dalam setahun. Kalau dalam tempoh 63 tahun, seorang dewasa itu akan berjalan sejauh 119,826 km.
Garisan khatulistiwa Bumi kita ini pula adalah sepanjang lebih kurang 40,000 km atau lebih tepat lagi 40,075 km.
Jadi kalau lah kita mula banyak berjalan dari umur 20 tahun, 41 tahun kita dah keliling Bumi ni sekali. Kalau panjang umur lagi, pada umur 62 tahun, kita dah keliling Bumi kali ke 2. Dan kalau dilanjutkan usia lagi pada umur kita 83 tahun, kita dah berjalan keliling Bumi sebanyak 3 kali!
Ada satu lagi kajian tentang tabiat berjalan yang dibuat pada tahun 2017 oleh Stanfod University di Amerika Syarikat, rakyat negara Hong Kong adalah juara berjalan kaki iaitu purata sebanyak 6880 langkah sehari.Perancis pula di tengah-tengah iaitu sebanyak 5141 langkah purata sehari dan yang paling corot adalah Indonesia sejumlah 3513 langkah purata sehari.
Kita kat mana? Boleh agak dah kot. Nak beli barang kat kedai runcit pun kalau boleh kita nak park kereta betul-betul depan kedai, macam tu nak duduk top 5? Umpama mimpi dalam mimpi je lah.