FAKTA-FAKTA PELIK TENTANG PEMBIAKAN KUDA LAUT

Kepala macam kuda, ekor macam monyet, perut ada poket macam kangaru, dan mata beliak macam sumpah-sumpah. Itulah kuda laut. Sejenis haiwan akuatik dengan lebih kurang 53 spesis wujud di serata dunia dan 13 daripadanya berada di perairan negara kita. 

 

Di Malaysia, dikatakan di muara Sungai Pulai, Johor adalah kawasan yang paling banyak kuda laut kuning. Lokasi ini mungkin menjadi pilihan haiwan ini disebabkan jumlah rumpai lautnya adalah yang paling banyak di Malaysia.

Berikut adalah fakta-fakta menarik dan pelik tentang cara kuda laut bertahan untuk wujud dalam ekosistem : 

  1. Pasangan kuda laut jantan dan betina akan membuat satu ‘ritual perkahwinan’ seperti menari dan menjainkan ekor masing-masing untuk beberapa jam.
  2. Semasa mengawan, kuda laut betinan akan memindahkan beratus-ratus telur yang belum disenyawakan ke dalam kantung perut kuda laut jantan.
  3. Sperma kuda laut jantan dilepaskan di pintu kantung perutnya, untuk mensenyawakan telur-telur yang dipindahkan oleh betina ke dalam kantung jantan.
  4. Telur yang telah disenyawakan akan berkembang dalam kantung kuda laut jantan selama lebih kurang 30 hari.
  5. Setelah telur matang, maka ia akan menetaskan anak-anak kuda laut dan meluru keluar daripada kantung kuda laut jantan. Anak-anak kuda laut akan menjaga diri mereka sendiri.
  6. Daripada beratus-ratus telur yang menetas, hanya 0.5 peratus sahaja daripada anak-anak kuda laut ini yang akan dapat bertahan sehingga dewasa.

Walaupun, lebih 1/4 daripada spesis kuda laut seluruh dunia ada di negara kita, hanya 5 spesis sahaja yang kita ada data untuk menilai populasi dan ancamannya. Kelima-lima spesis itu pula memang berada dalam keadaan bahaya. Buat masa ini, sebahagian besar spesis kuda laut di Malaysia diletakkan dalam kategori Rentan dalam Senarai Merah Spesis Terancam IUCN (The International Union for Conservation of Nature), sebuah organisasi alam sekitar antarabangsa yang memfokuskan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar negara ahli. Kategori Rentan terletak sebelum kategori Terancam

 

Kuda laut di Malaysia banyak digunakan untuk tujuan perubatan tradisional atau alternatif. Menurut kajian, kuda laut digunakan untuk merawat masalah kulit, membersihkan darah, demam, asma, badan lesu, senggugut dan ada juga yang menggunakan kuda laut sebagai tangkal!

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *