NAMA SAINTIFIK YANG DIANGGAP RASIS!

Percaya atau tidak, hujung Julai 2024 baru-baru ini, dalam sebuah kongres Botani Antarabangsa yang baru selesai, ada ahli botani bergaduh pasal nama saintifik lebih 200 spesis tumbuhan yang dirasakan perkauman. Mereka beralasan bahawa nama-nama itu boleh menimbulkan rasa kurang senang dan boleh memudaratkan dalam aktiviti seharian manusia.

 

Antara nama saintifik yang dibincangkan dalam kongres itu adalah nama Erythrina caffra. Sejenis pokok besar dan tinggi yang tumbuh di benua Afrika Selatan. Pokok ini cantik kerana ia rendang dan mempunyai bunga berbentuk dan berwarna seperti batu karang dalam laut.

Masalah dekat nama pokok ini terletak pada nama kedua iaitu ‘caffra’. Bunyi perkataan itu adalah seperti perkataan Arab ‘kafir’ dan di Afrika Selatan ‘caffra’ itu biasa digunakan untuk gelaran kepada orang berkulit hitam.

 

Jadi, cara mereka nak selesaikan masalah ini adalah dengan cara membuang huruf ‘c’ atau ‘k’ dalam nama itu. Daripada ‘caffra’ maka akan jadi ‘affrum’ atau ‘affrorum’.

 

Kesannya, kena lah ubah sebanyak 218 pokok, 13 alga dan 70 kulat yang ada perkataan ‘caffra’ dalam nama saintifiknya.

Dalam kongres itu juga, mereka buat keputusan, bermula dari tahun 2026, semua nama saintifik baru harus diperiksa melalui satu jawatankuasa. Nama-nama yang ‘dianggap’ menghina sesuatu kumpulan manusia akan ditolak.

 

Ada juga nama saintifik yang diterbitkan daripada nama orang yang bermasalah, contohnya nama genus ‘Begonia’. Ia asalnya diambil daripada seorang seorang penjajah dari Perancis, pemilik hamba abdi dan ahli alam sekitar yang bernama Michel Bégon. Ada lebih 2000 spesis tumbuh-tumbuhan dalam genus ini.

 

Apa cerita?

 

 

Sumber : nature.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *