Ibu-ibu! Bapa-bapa! Keraplah bawa anak-anak ke taman!
Ada satu kajian yang dibuat oleh Universiti Aarhus di Denmark yang mendapati, kanak-kanak berumur 10 tahun yang banyak terdedah dengan kawasan-kawasan hijau akan dapat kurang risiko dapat penyakit mental ketika dia dewasa nanti. Kajian ini juga ambil kira faktor-faktor lain semacam kawasan tempat tinggal seperti bandar atau pedalaman, keadaan ekonomi keluarga, sejarah keluarga dan lain-lain, tapi hasil kajian masih tetap sama. Kanak-kanak ini akan kurang risikonya sebanyak 55%.
Hasil kajian ini juga menyebabkan ramai arkitek dan penghias dalaman mula untuk memaksimakan penggunaan unsur tumbuhan semula jadi dalam reka bentuk kawasan kediaman. Konsep reka bentuk seperti ini digelar sebagai biofilik. Mungkin ramai yang rasa reka bentuk melibatkan alam sekitar ini memberi kesan damai tapi rupa-rupanya lebih daripada itu.
Menurut UNICEF, antara faedah-faedah yang bagus untuk kanak-kanak ialah :
- berat bayi lahir yang tinggi
- banyak aktiviti fizikal yang boleh dilakukan
- ko-ordinasi motor yang lebih baik dan seimbang
- mengelakkan rabun
- mengurangkan tekanan kepada ibu bapa
- meningkatkan kemampuan akademik
- masalah sikap dan sosial berkurang
Terdapat juga satu lagi kajian dibuat oleh Universiti Hesselt di Belgium, yang mendapati kanak-kanak yang membesar di perumahan yang banyak kawasan hijau semulajadi, mempunyai tulang yang lebih kuat! Hal ini logik kerana kanak-kanak ini banyak bermainĀ dan melakukan aktiviti fizikal di sana.
Walaupun hasil kajian ini sangat berguna untuk masyarakat, tapi kalau kita lihat keadaan sekeliling kita, nak praktiskan hasil kajian ini pun agak mencabar. Pertama, kita kena akui, bandar-bandar kita tak banyak taman rekreasi semulajadi. Kedua, kalau ada pun taman rekreasi tu, tak semua orang mampu untuk pergi dan luang banyak masa. Mereka yang kaya mungkin mudah untuk ke taman-taman ini, tapi bagaimana pula kepada golongan yang kurang atau tidak berkemampuan? Kediaman-kediaman baru yang menggunakan konsep biofilik untuk rekaan dalaman pula memang harganya kita mampu tengok sahaja.